TRANSLATE

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Minggu, 05 Desember 2010

RINTIHAN ROH

Diriwayatkan: “Jika roh telah
keluar dari tubuh manusia dan
telah lewat tiga hari, maka roh
itu berkata: “Wahai Tuhanku,
perkenankanlah aku sehingga
aku berjalan dan melihat
tubuhku yang dahulu aku berada
di dalamnya.” Maka Allah
memperkenankan kepadanya.
Lalu ia datang ke kuburnya dan
melihat kepadanya dari jauh.
Kedua lubang hidungnya dan
mulutnya mengalir darah. Maka ia
menangis dengan suatu tangisan
yang cukup lama. Lalu ia merintih,
aduuuh hai tubuhku yang miskin,
wahai kekasihku. Ingatlah akan
hari kehidupanmu. Rumah ini
adalah rumah serigala, bala
bencana, rumah yang sempit,
rumah kesusahan dan
penyesalan.
Setelah lewat lima hari roh
berkata: “Wahai Tuhanku,
perkenankanlah aku untuk
melihat tubuhku.” Maka Allah
memperkenankannya. Lalu ia
datang ke kuburnya dan melihat
dari jauh. Dan mengalirlah kedua
lubang hidung dan mulutnya
berupa air nanah.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Mereka tidak dapat berbicara
pada hari roh (Jibril atau ruhul
qudus) dan para malaikat berdiri
dengan berbaris.”
( An-Naba’: 38)
Disebutkan dalam satu
keterangan, bahawa yang
dimaksud roh itu adalah rohnya
anak Adam (manusia), dan
keterangan yang lain
mengatakan bahawa roh itu
adalah rohnya malaikat Jibril as.
Juga ada keterangan yang
menyebutkan bahawa roh itu
adalah rohnya Nabi Muhammad
SAW yang berada di bawah
Arasy, ia minta izin dari Allah di
malam Lailatul Qadar untuk turun
memberikan salam penghormatan
kepada seluruh mukminin dan
mukminat dan roh itu berjalan
melalui mereka.
Ada pula yang menyebutkan
bahawa roh itu adalah rohnya
para kerabat yang sudah mati,
mereka berkata: “Wahai Tuhan
kami, semoga Engkau
memperkenankan kami untuk
turun ke rumah-rumah kami,
sehingga kami melihat anak-anak
kami dan ahli-ahli kami. Maka
roh-roh itu turun pada malam
Lailatul Qadar.
Sebagaimana Ibnu Abbas ra
mengatakan: “Jika datang Hari
Raya, hari Asyura’, hari Jumaat
yang pertama dari bulan Rajab,
malam Nisfu Sya’ban, Lailatul
Qadar, dan malam Jumaat, roh-
rohnya para mayat semua keluar
dari kubur mereka dan mereka
semua berdiri di pintu-pintu
rumahnya seraya berkata: “Belas
kasihanlah kamu semua kepada
kami di malam yang berkah ini
dengan sedekah satu suap,
sebab kami memberikan sedekah.
Jika kalian bakhil dengan
sedekah, dan kamu sekalian
tidak mahu memberikannya,
maka hendaklah kalian mengingat
kami dengan bacaan surah Al-
Fatihah di malam yang penuh
keberkahan ini.
Adakah seorang telah belas
kasihan kepada kami, apakah
dari salah seorang ada yang
mengenangkan ratapan kami
wahai orang yang menempati
rumah-rumah kami, wahai orang
yang menikmati wanita (isteri
kami), wahai orang yang berdiri
memperluas mahligai kami yang
sekarang kami dalam kesempitan
kubur kami, wahai orang yang
membagi harta benda kami,
wahai orang.yang menyiakan
anak yatim kami. Adakah salah
seorang dari kamu sekalian ada
yang mengenang perantauan
kami? Buku amal kami dilipat dan
kitab amal kalian dibuka. Dan
bukanlah bagi mayat yang
berada dalam liang kubur
melainkan pahalanya. Maka
janganlah kalian melupakan kami
dengan sebuku rotimu dan
doamu, sebab kami orang-orang
yang berhajat kepada kamu
sekalian, selama-lamanya.
Jika mayat memperoleh sedekah
dan doa dari mereka maka ia
kembali dengan riang gembira,
dan jika ia tidak memperoleh
maka ia pulang dengan sedih dan
duka serta terhalang, dan putus
asa dari mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya
roh dalam perkumpulan haiwan
tidak dalam seluruh tubuh, tapi
ia dalam satu bahagian dari
beberapa baha hagian yang tidak
dapat ditentukan dengan dalil.
Bahawasanya seorang dilukai
dengan luka-luka yang banyak
maka ia tidak mati. Dan ia dilukai
dengan luka-luka satu maka ia
menjadi mati. Sebab luka itu jika
menimpa pada tempat di mana
roh bertempat di mana roh di
dalamnya, dan bahawasanya roh
bertempat pada seluruh tubuh
dan bahawasanya mati itu dalam
seluruh tubuh, maka Firman Allah
SWT menunjukkan:
Katakanlah: “la akan dihidupkan
oleh Tuhan yang menciptakannya
kali yang pertama.”
(Yaa Siin: 79)
Jika dikatakan, apakah bedanya
antara roh dengan rawan? Maka
kita katakan hahwa keduanya
adalah satu. Keduanya tidak ada
perbedaan, sebagaimana tubuh
serta tangan adalah menjadi
satu. Cuma kalau tangan dapat
bergerak kesana kemari tapi
kalau tubuh sama sekali tidak
bergerak. Demikian pula rawan
kesana kemari tapi sama sekali
tidak bergerak.
Kemudian mengenai tempatnya
roh di dalam tubuh tidak dapat
ditentukan. Adapun tempatnya
rawan di antara kedua alis. Maka
jika roh itu hilang seorang hamba
menjadi mati, dan jika rawan
hilang ia menjadi tidur.
Sebagaimana air yan g
dituangkan qas’ah dan ditaruh di
rumah ada matahari yang
sinarnya melalui lubang atap dan
qas’ah itu tidak bergerak dari
tempatnya.
Maka demikian halnya roh
bertempat di dalam tubuh dan
pusatnya berada di Arasy.
Adapun rawan melihat dikala
bermimpi dan ia berada di alam
malakut.
Adapun tempatnya roh setelah
dicabut, ada diterangkan bahawa
tempatnya disengkala yang
didalamnya terdapat lubang
sejumlah bilangan haiwan-haiwan
yang dijadikan sampai hari
kiamat. Jika ia mendapat
kenikmatan berada di situ dan
jika mendapat azab maka di situ
pula.
Ada disebutkan bahawa roh-roh
para mukminin berada dalam
telur burung yang hijau di
syurga iliyyin, adapun rohnya
orang-orang kafir berada dalam
telur burung yang hitam di
neraka. Dan ada dikatakan
bahawa rohnya para mukminin
ketika dicabut, maka para
malaikat rahmat sama
mengangkat membawa naik roh
ke langit yang tujuh dengan
memuliakan dan mengagungkan.
Kemudian dipanggil Zat pemanggil
dari sisi Allah yang Rahman:
“Hendaklah kamu semua menulis
roh itu dalam Illiyyin lalu
kembalikanlah ke bumi.”
Maka mereka mengembalikan roh
seorang mukmin ke dalam
tubuhnya dan ia dibukakan pintu
syurga, ia melihat tempatnya di
syurga sampai datangnya hari
kiamat.
Dan bahawasanya rohnya orang-
orang kafir sewaktu dicabut
maka para malaikat azab sama
membawa naik roh itu ke langit
dunia. Maka ditutuplah pintu-
pintu langit yang lain dan ia
diperintah mengembalikan ke
tempat berbaring tubuhnya,
kuburnya disempitkan dan ia
dibukakan pintu neraka. Oleh
kerananya ia melihat tempat
kediamannya kelak sampai
datangnya hari kiamat. Dalam hal
ini sebagaimana pernah
disabdakan Nabi SAW, sehingga
bahawasanya mereka mendengar
suara sandal-sandal kalian,
hanya saja mereka terhalang
dari berkata.
Sebahagian Hukama’ ditanya
tentang tempat roh-roh setelah
mati, maka ia menerangkan
sebagai berikut:
1. Bahawasanya roh-roh para
Nabi berada dalam Syurga Adn, ia
berada dalam liang yang
menyenangkan tubuhnya. Adapun
tubuh bersujud kepada
Tuhannya.
2. Roh-roh para Syuhada berada
di syurga Firdaus, pada
tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau
yang terbang di syurga
sekehendak hatinya. Kemudian
datang keqanadil yang
digantungkan di Arasy.
3. Adapun roh-rohnya anak-anak
kecil yang Islam berada dalam
telih burung pipitnya Syurga.
4. Roh-rohnya para anak-anak
musyrik berputar-putar di
syurga dan ia tidak punya
tempat, sampai hari kiamat. Lalu
mereka melayani para mukminin.
5. Roh-rohnya orang-orang
mukmin yang mempunyai hutang
dan aniaya digantung diangkasa.
Ia tidak sampai ke syurga dan
tidak pula ke langit sampai ia
membayar hutangnya dan
penganiayaannya.
6. Roh-rohnya orang-orang Islam
yang berdosa diazab dalam
kubur beserta tubuhnya.
7. Roh-rohnya orang-orang kafir
dan munafik dalam penjara
neraka Jahannam dipintakan
diwaktu pagi dan petang.
Dan disebutkan, bahawasanya
roh adalah merupakan jisim yang
halus. Oleh kerana itu tidak
dapat dikatakan jika Allah itu
mempunyai roh. Sebab mustahil
kalau Allah mempunyai tempat
seperti jisim-jisim. Dan dikatakan
bahawa roh adalah merupakan
sifat dan dikatakan pula kalau ia
pecah jadi angin, maka kedua
per kataan ini adalah
perkataannya orang yang
mengingkari adanya seksa kubur.
Ada diceritakan, bahawasanya
seorang Yahudi datang kepada
Nabi SAW, maka mereka
bertanya kepada baginda
tentang roh dari Ashabi Raqim
dan dari Raja Dzil Qarnain.
Dengan perdebatan Yahudi itu
maka turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya
roh adalah Firman Allah SWT.
“Dan mereka bertanya
kepadamu tentang roh,
katakanlah: “Roh itu termasuk
urusan Tuhanku.”
(Yaa Siin: 79)
kataan ini adalah
perkataannya orang yang
mengingkari adanya seksa kubur.
Ada diceritakan, bahawasanya
seorang Yahudi datang kepada
Nabi SAW, maka mereka
bertanya kepada baginda
tentang roh dari Ashabi Raqim
dan dari Raja Dzil Qarnain.
Dengan perdebatan Yahudi itu
maka turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya
roh adalah Firman Allah SWT.
“Dan mereka bertanya
kepadamu tentang roh,
katakanlah: “Roh itu termasuk
urusan Tuhanku.”
(Yaa Siin: 79)

0 komentar:

Posting Komentar

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More